Waktu terbaik memancing di laut/pantai





Assalamualaikum...kali ni admin nak kongsikan waktu yang sesuai untuk kaki2 pancing berentap di laut.Kalau nak hasil pancingan yang terbaik,kaki2 pancing wajib tau waktu yang sesuai untuk turun memancing.Tak boleh main redah je kalau taknak membangau..hehehe...Untuk entri kali ni,admin nak kongsikan 10 waktu terbaik untuk turun memancing.Semoga tip ini memberi manfaat kepada semua  kaki pancing.

1.Awal pagi
 Tidak perlu dipertikaikan lagi kenapa waktu ini menkadi waktu terbaik untuk turun memancing.Ketika matahari mulai terbit,ia akan mengubah suhu air menjadi waktu yang paling sesuai untuk ikan mencari makan dan ini akan menambah potensi strike anda.

2.Lewat petang
Perubahan suhu di waktu petang membuatkan waktu ini juga menjadi waktu yang terbaik untuk turun memancing.Pada waktu ini juga dikatakan banyak spesis pemangsa berkeliaran yang menjadikan ikan predator aktif memburu.


3.Waktu malam
Sesetengah ikan menjadikan waktu malam untuknua aktif memburu mangsa.Pada waktu ini juga suhu air sangat sesuai untuk ikan mencari makanan.


4.Air jalan pasang
Waktu ini adalah sangat penting bagi mana2 kaki mancing wajib untuk mengambil tahu kerana pergerakan air mulai pasang adalah waktu yang ideal untuk memancing di pantai atau laut.Ini kerana ikan sangat aktif mengikut arus air untuk mencari makan.


5.Air jalan surut
Waktu ini juga sama seperti air pasang.Air mengongsong surut juga menjadikan ikan kembali aktif mencari makanan.

6.Baca jadual air
Untuk memancing di lauit/pantai,waktu yang paling sesuai ialah ketika pergerakan air besar ke bani atau air bani ke besar.Pada waktu ini,arus tidak terlalu laju atau perlahan .jadi,umpan anda akan lebih berpotensi menarik perhatian pemangsa.

7.Permukaan air
Dikatakan waktu terbaik untuk memancing ialah ketika permukaan air laut sedikit berombak dan warna airnya tidak terlalu jernih atau keruh.

8.Faktor cuaca
Cuaca mempengaruhi suhu air.Jadi waktu terbaik untuk memancing ialah ketika cuaca tidak panas kerana suhu air panas menjadikan ikan tidak berminat untuk keluar mencari makan.Ada juga berpendapat selepas hujan dan ketika hujan renyai menjadi waktu terbaik untuk memancing.

9.Faktor angin
 Ada nelayan yang berpendapat,waktu terbaik untuk memancing ialah ketika angin selatan dan selepas angin barat.pada waktu ini dikatakan ikan akan mudik ke pantai dan lebih aktif mencari makanan.

10.Musim ikan
Ada beberapa spesis ikan memilih musim tertentu berhijrah,bertelur atau mencari makan.Jadi dengan mengetahui musim ikan ini,anda akan lebih berpotensi mendapat hasil yang lumayan.

Sumber:profishganda

Jadi admin kongsikan ilmu dalam entri kali ni untuk semua pembaca dan geng2 kaki pancing.admin yakin,masih banyak lagi ilmu yang masih belum diketahui mengenai waktu yang sesuai untuk memancing.Mungkin otai2 yang lebih arif dapat kongsikan bersama.Tapi kene ingat,,xdak mana kalau 10 waktu terbaik yang admin kongsikan kalau 1 waktu bini tak bagi kebenaran..muahahahahha.....(wife admin steady😂)

Ulasan

Catatan Popular