Jenis-jenis Jump Frog di pasaran
****** Kali ni admin nak kongsikan jenis-jenis umpan yang digunakan semasa admin memburu ikan haruan dengan menggunakan teknik casting.zaman dulu mase kecik2,admin lebih kerap menggunakan katak hidup.tapi dengan perubahan zaman,dah macam-macam umpan tiruan telah diciptakan dan mudah didapati di mana2 kedai pancing.Tak bermakna dengan menggunakan umpan palsu ni ikan x menyambar.kalau dah dikatakan lapar sangat,apa2 pun yang lalu dapan mata pun di sembatnye kn..hehehe..
Tapi,masih ada yang menggunakan umpan katak hidup.sebab katak hidup ni lebih rancak dari umpan tiruan kn..😁😁
1) Jump Frog atau ringkasnya di sebut JF sememangnya mudah di dapati di mana-mana kedai pancing mahupun jualan secara On-Line di Malaysia. Namun, tahukah anda terdapat pelbagai kategori aksi jumpfrog yang menjadi kegilaan ramai hardcore caster sehingga timbul kebingungan pada Caster Novice yang mula ingin berjinak di dalam kancah casting menggunakan jump frog.
Apabila di sebut JF, ramai yang beranggapan action JF hanya melompat TETAPI realitinya jumpfrog juga boleh di dapati dalam pelbagai variasi aksi. Setiap “action” JF berbeza mengikut lapangan sasar mahupun target tangkapan anda.
JF merupakan sejenis gewang permukaan yang amat menarik dan kena dengan citarasa pengilat/caster yang rata-rata gemarkan detik-detik anderalin apabila jump frog disambar predator yang rakus.
Di sini, admin ingin berkongsi serba ringkas beberapa “action” jump frog yang ada dalam pasaran :
Continuous Jump (lompatan berterusan)
Melompat merupakan aksi asas yang sinonim dengan perkataan Jump Frog itu sendiri. Aksi ni dapat dilihat seperti mana katak yang melompat-lompat dari satu pelepah teratai ke teratai yang lain. Malah aksi lompatan ini terbawa-bawa pada lompatan di dalam air sebelum amfibia tersebut berenang.
Teknik ni memerlukan karauan tetap “konsisten” sehingga tujahan air mendongakkan lure JF pada tahap maksimum sebelum Jf tersebut menyelam kembali. Tujahan demi tujahanan ini membuatkan JF seperti seakan-akan melompat-lompat / terangguk-angguk keluar di permukaan air secara auto jump tanpa memerlukan kemahiran ataupun sedikit twitching mahupun jerking.
Dengan karauan yang konsisten , maka terhasilnya percikan air dan bunyian plop (tidak semua JF ada) yang menarik perhatian pemangsa. Kekerapan jf tersebut melompat secara konsistensi amat penting sehingga mampu menarik perhatian pemangsa keluar dari sarangnya.
Lapangan sasar : Kawasan lapang merupakan track yang terbaik. Track 1/2 depa lapang adalah kawasan paling minimun yang di perlukan di samping tepi-tepi parit/taliair yang kurang bersamai.
Kelebihan: mudah perhatian pemangsa kerana bunyi yang nyaring serta kocakan air yang kuat.
Wobbling (Goyangan)
Merupakan aksi yang memerlukan permukaan JF yang lebar/besar menghasilkan gelombang bunyi dan percikan seperti katak / ikan yang mabuk. Pemangsa yang sedar kelemahan mangsa yang sedang mabuk, tidak teragak-agak mengambil kesempatan.
Goyangan kepala ke kiri-kanan seperti menggeleng sepanjang renangan mampu menonjolkan kemabukkan gewang ini.
Lapangan sasar : Kawasan lapang serta sepanjang sedikit berumpai/bersampah dimana track minima 1/4 depa untuk mendapatkan aksi terbaik.
kelebihan : boleh di gunakan di kawasan yang banyak akar pokok, lalang, sampah dan sebagainya
Sliding (Meluncur)
Bergerak meluncur seperti pencil di permukaan air dengan sedikit aksi ringan walk the dog(WTD) dengan kurang geseran seperti percikan air mahupun bunyian yang kasar. Aksi ini kurang menggangu pemangsa yang terlalu culas//ketakutan pada bunyi-bunyian dan gegaran kasar di sekitar kawasannya.
Lapangan sasar: kawasan lapang terutama port yang sensitif
Kelebihan : kurang menakutkan pemangsa dan memberi keyakinan pemangsa untuk memburu.
Jerking (Renjatan)
Teknik renjatan digunapakai pada lure JF yang tidak melompat (jump) dengan sendiri nya. Teknik ini memerlukan pengguna menggayakan tip rod dengan sedikit sentapan lembut. JF akan melompat dari satu tempat ke tempat seterusnya bergantung pada kekuatan renjatan/sentapan yang di lakukan. Tempo renjatan juga boleh dipelbagaikan bagi menghasilkan lompatan seperti katak yang berhenti rehat sebelum meneruskan renangan point ke point seterusnya.
* JF auto jump boleh di gayakan mengikut action sebegini di dalam mempelbagaikan teknik mengilat.
Lapangan sasar: kawasan lapang serta bersampah/semak
kelebihan: boleh di gunakan di semua tempat termasuk di kawasan pemangsa yang sensitif.
Propeller (Berkipas)
Dengan sedikit penambahan kipas di bahagian hadapan JF membuahkan perubahan yg ketara terhadap action JF itu sendiri. Bunyi yang bising serta gelombang yg besar mampu menggegarkan sarang-sarang monster yang sedang lena.
Toman dan Mama Haruan merupakan penggemar persembahan ini…..Kegemaran ini disebabkan emosi penguasaan wilayah sehingga menimbulkan kemarahan yang sebaliknya menggembirakan ramai caster.
Ulasan
Catat Ulasan