Kejayaan Seorang Pemancing
Assalamualaikum & salam sejahtera..kali ni admin nak kongsikan mengenai kajayaan seorang pemancing.Bagi mana2 kaki pancing mesti mahukan hasil yang lumayan dan kepuasan betul kan?.Tapi sebelum tu,persiapan kita perlu diamalkan terutamanalya set barang2 pancing kita.Jadi kali ni admin kongsikan 10 kejayaan seorang pemancing untuk semua pembaca..
1.Sentiasa Ambil Berat Keadaan Set Pancing
Joran,kekili,mata kail dan sebagainya harus sentiasa diambil berat kondisinya.Pastikan set pancing anda disimpan ditempat yang selamat selepas digunakan.Ini bagi mengelakkan ia mudah rosak di kemudian hari.
2.Sentiasa Periksa Tali Pada Kekili
Tidak kiralah sama ada anda guna braided atau mono.Kerana pemeriksaan tali adalah sangat penting.Banyak berlaku kes-kes rabut akibat tali yang sudah lama atau reput.Seeloknya anda perlu tukar tali sekerapnya mengikut kesesuaian tali.
3.Sentiasa Memeriksa Sambungan Leader Pada Tali Utama
Bagi geng casting atau jigging,penting untuk sentiasa memastikan ikatan sambungan tali utama dan (shock leader)perambut kejutan dalam keadaan baik bagi mengelakkan kes-kes berputih mata.
4.Sentiasa Periksa Atau Kawal Drag Kekili
Drag memainkan peranan penting ketika bertarung dengan ikan.sentiasalah buat pemeriksaan terhadap drag anda agar tidak terlalu ketat atau longgar kerana jika terlalu ketat akan membuatkan ikan mudah meloloskan diri.
5.Rancang Trip Memancing
Memancing perlu dirancang mengikut kesesuaian musim.Perlu ambil tahu keadaan tempat,jenis ikan dan teknik sebelum anda keluar memancing.Lubuk yang terbaik memang sering mendapat perhatian kaki pancing yang lain.Penting ambil tahu keadaan air sebelum keluar memancing.
6.Tidak Membiarkan Joran Anda Tanpa Pengawasan
Joran terbang kelaut atau sungai, tali habis dan macam-macam lagi masalah yang akan tibul sekiranya joran anda dibiarkan tanpa pengawasan.Sentiasalah pantau joran anda ketika turun memancing.
7.Bawa Umpan Yang Mencukupi & Pelbagai
Hal ini kerana sesetengah kaki pancing hanya target umpan tertentu sahaja ketika turun memancing terutamanya apabila berada ditengah laut.Akan medatangkan pelbagai masalah sekiranya umpan yang d bawa tidak mencukupi atau jenis umpan untuk ikan-ikan lain dari teget yang secara kebetulan berada di lubuk anda.
8.Pelbagaikan Teknik Memancing
Kita tidak oernah akan tahu teknik apa yang akan menjadi pilihan ikan pada hari kita memancing.Jadi anda perlu mempelbagaikan beberapa teknik yang anda tahu untuk mendapatkan hasil yang lumayan.
9.Tidak Memancing Berseorangan
Bahaya bagi mana-mana kaki pancing ketika turun memancing.Risiko bagi kaki pancing tidak dinafikan kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi ketika kita memancing.Malah,ketika bertarung dengan ikan besar perlu dapatkan bantuan dari rakan anda untuk menaikkan hasil pancingan anda.
10.Periksa Keadaan Cuaca
Sebelum turun memancing,anda perlu menkaji dahulu keadaan cuaca untuk mendapatkan hasil yang terbaik.Faktor cuaca memainkan peranan penting bagi ikan untuk mencari makan.Malah,sekiranya cuaca tidak dapat mengizinkan,jangan sesekali anda cuba menggadai nyawa anda kerana pelbagai risiko akan hadapi.
Diharap entri kali ni dapat memberi manfaat kepada kita semua untuk mengambil tahu.Kejayaan seorang pemancing bukan sahaja dari kepakaran kita sahaja,tapi bergantung pada rezeki kita juga.semoga anda semua berjaya mencapai hasrat bagi seorang pemancing untuk mendapat hasil yang lumayan.Joran dan pemancing berpisah tiada..hehehe....
Ulasan
Catat Ulasan