Teknik Pancingan Casting
Mengilat atau casting adalah salah satu teknik pancingan yang popular di Malaysia. Antara spesis yang diburu adalah sebarau, toman, haruan, peacockbass, siakap dan tarpon. Reel baitcasting (bc) lebih sinonim dengan teknik ini. Pemilihan set casting yang betul perlu dititikberatkan oleh semua caster agar tiada pembaziran berlaku.
casting method
Memancing sambil menikmati keindahan alam
Ciri-ciri pancingan casting
Teknik mengilat adalah teknik memancing dengan cara melempar umpan tiruan atau hidup dan membuat karauan secara konsisten. Proses ini dilakukan berulang kali sehingga mendapat sambaran. Antara umpan tiruan yang biasa digunakan adalah seperti gewang, sesudu (spoon) dan plastik lembut (soft plastik) yang berbentuk ikan atau serangga manakala umpan hidup yang biasa digunakan seperti katak dan anak ikan.
Jenis dan ciri-ciri reel untuk mengilat
Reel spinning
Reel baitcasting (bc)
Reel fly fishing
Secara amnya terdapat tiga jenis reel yang biasa digunakan untuk mengilat. Reel spinning adalah reel asas dalam dunia pancingan. Ianya mudah diaplikasikan terutamanya kepada pemancing yang baru menceburi bidang pancingan.
alatan memancing teknik spinning
Spinning reel
Reel Baitcasting pula lebih rumit dan memerlukan kemahiran dan teknik-teknik tersendiri. Memahami setiap fungsi yang terdapat di reel bc dan latihan yang berterusan boleh menyelamatkan anda dari kejadian backlash aka Birdnest atau disebut bihun/meehon oleh caster.
alatan memancing baitcasting
Reel baitcasting
Saiz reel yang kecil dan ringan lebih sesuai agar tidak memenatkan ketika membuat balingan. Saiz yang ideal untuk teknik casting adalah diantara 500- 2000. Manakala faktor lain yang perlu diambil kira adalah seperti ratio, berat, bilangan bearing dan drag.
Pemilihan rod casting
Ultra light rod (UL)
Light (L)
Medium Light (ML)
Meidum (M)
4 jenis rod ini yang menjadi pilihan caster di Malaysia adalah bergantung kepada jenis buruan, lokasi mengilat dan minat seseorang. Ada juga caster yang suka menggunakan ultra light tidak mengira tempat kerana keasyikan melayan ikan menggunakan set ringan ini mempunyai daya tarikan sendiri.
Rod action juga perlu dititikberatkan agar gewang dapat dipersembahkan secara maksimum. Terdapat 5 action rod yang biasa berada dipasaran.
Extra Fast
Fast
Mod. fast
Moderate
Slow
Pemilihan umpan atau gewang
Penggunaan jenis gewang (lure) atau umpan adalah bergantung kepada target spesis, keadaan air dan juga situasi lubuk berkenaan. Sebagai contoh, haruan dan toman mengemari gewang jenis permukaan (top water).
Pilih gewang berwarna terang sekiranya keadaan air keruh atau bewarna gelap atau gewang yang mampu menghasilkan bunyi percikan air yang kuat. Gewang yang menyerupai habitat makanan lebih sesuai digunakan sekiranya air jernih.
Penggunaan umpan hidup seperti katak dan udang adalah cara tradisional yang tidak dapat disangkal keberkesananya. Namun masalah dari segi mendapatkan sumber bekalan umpan dan harga antara yang menjadi penghalang penggunaan umpan hidup. Sebab itulah penggunaan gewang lebih digemari oleh kaki casting.
Lokasi sesuai untuk mengilat
Teknik mengilat tidak terhad terhadap lokasi pancingan kerana teknik ini boleh diadaptasikan di kebanyakkan tempat dan situasi. Bak kata seorang kaki mengilat " dimana ada lubuk disitu aku berdiri.". Mengilat lebih khusus kepada pancingan terhadap spesis tertentu yang diburu.
Jika di bandar metropolitan seperti kuala lumpur, lubuk larangan tidak terkecuali menjadi spot kaki casting untuk melepaskan gian. Namun dinasihatkan agar anda tidak berbuat demikian untuk mengelakkan anda disaman atau set mahal anda di rampas.
Ulasan
Catat Ulasan