Tips memancing kolam air masin



Aktiviti mancing kolam merupakan satu aktiviti yang sangat berfaedah.Bagi peminat mancing di kolam ni bagi admin,sangat menguji tahap kepakaran masing2.mahupun kepakaran dalam mengikat perambut atau menggunakan umpan bagi memburu ikan2 yang terdapat di kolam.walaupun berbayar,tapi bagi admin sangat memberi kepuasan kepada mana2 pemancing.ikan kolam ni susah nak dapat yang kecik2..memang sangat menguji tahap kekuatan bagi mana2 pemancing KOLAM AIR MASIN.


1) Ketahui jenis kolam air masin yg saudara hendak pancing termasuk tentang bayaran, masa maksima, minima, jenis air samada air dibubuh garam atau air yang disedut dari air laut, umpan yang di sediakan dan larangan larangan yg terdapat pada kolam tersebut.




1.2) Air kolam perlu dikaji secara melihat terlebih dulu dan nasihat saya jangan terus bayar dan masuk pancing tapi sebaiknya lihat dulu sekeliling kolam, kadangkala terdapat kolam dimana air nya dipenuhi tumbuhan rumput air dan ini boleh jejaskan pergerakan umpan dan kadangkala terbenam dalam tumbuhan itu dimana peluang untuk mendapatkan ikan amat tipis.


1.3) Kadangkala di kolam terdapat anak anak ikan yang hidup termasuklah ikan talapia yg senang membiak terutama dikolam yg airnya dicampur garam, ini termasuklah sepicis ikan lampam kerana haiwan ini boleh hidup dlm air masin. Benda benda ini boleh menganggu umpan hidup yang digunakan terutama udang hidup kerana haiwan ini gemar memakan nya.Ini juga peluang untuk mendapatkan ikan kolam tidak kesampaian.




1.4) Perhatikan dulu kepada para para pemancing yang terdapat disitu kalau boleh tanyakan kepada mereka sama ada galak atau tidak ikan memakan umpan dan ini boleh dibuktikan terhadap tali penambat ikan yang di ikatkan.Ini kerana ikan ikan kolam ada masanya galak makan dan ada masanya senyap terus, selepas itu tanya diri sendiri untuk terus mancing atau tidak dan bagi mereka yang datang jauh jauh untuk pancing boleh buat rancang time mana nak sampaipada kolam yang dihajati pada masa yg akan datang.

(bukti yg menunjukkan 'kesuburan' sebuah kolam memancing)

1.5) Selalunya sport ikan kolam terdapat ditepi tepi sangkar dlm kolam tersebut dan perhatikan juga mana tempat terdapat banyak para pemancing melabohkan joran mereka kerana setengah mereka begitu arif akan keadaan kolam tersebut. dengan ini saudara boleh mencuba dan peluang agak cerah.


2) PERALATAN

2.1) Tidak memerlukan yang berat berat kerana setengah umpan perlu membuat lontaran yang jauh, cukup kelas sederhana.



2.2) Sebolehnya sediakan perambut yang telah disiapkan dari rumah sekurang kurangnya lebih daripada 2 perambut kerana tidak mahu buang masa dalam kolam terutama berbayar.



2.3) Bagi yang menggunakan umpan hidup samada dibeli di kolam tersebut atau dibawa sendiri, bawalah jaring kecil atau alat udara untuk umpan hidup.

(umpan yg dilatakkan dlm sebuah bekas beserta udara yg dialirkan dr pam)

2.4) Bawa sekali pelampung tambahan kerana jika kita gunakan pancing dasar kena perhatikan orang disekeliling, kalau ikan kerap makan guna pelampong apa salahnya kita juga mencuba sekurang kurang peluang dapat ikan akan diperolehi.

2.5)Bawa sekali tali perambut dan mata kail tambahan kerana jika ikan makan perambut lama akan haus kemungkinan putus amat tinggi dan setengah mata kali ditelan ikan, ini tak perlu buang masa mengeluarkan mata kail yang ditelan cukup dipotong dan gunakan mata baru lagi tajam.

3) UMPAN

3.1) Bergantung pada ikan yg ada di kolam dan ikan apa yang menjadi buruan



3.1.1) Ikan Siakap

-Udang hidup
-Belanak hidup
-Udang mati (jika cara casting seelok eloknya udang mati ini dibalut dgn surat kabar bagi meluruskan diletak dalam peti ais dan semasa penggunaan di kopek kulitnya. Perambut letakan batu pemberat jenis kecil termasuk diletakan manik kecil sebagai mata umpam.Kepala udang dibuang.

-Bagi yang mengguna kan udang hidup atau belanak tanpa pelampong semasa ikan menyambar umpan saudara tidak digalakan menyentap kerana sifat siakap akan kolom umpan terlebih dulu, bersabarlah, hulur kan tali sebentar kemudian lockkan mesin dan tali tegang dibawa ikan baru hook up!

Bagi ikan ini sentiasa menjadi buruan para pemancing kolam, setengahnya mencapai saiz mega dan kebanyakan kolam melepaskan ikan ini jumlahnya kurang selalunya bagi sesiapa yang dapat menaikan ikan ini dapat lah jekpot yang dipertandingankan samada dalam mingguan atau bulanan. Ini kira bonus dan selalunya hadiah berupa wang tunai jadi berbaloilah modal yang dikeluakan untuk pancing kolam air masin ini. Selalu nya ikan ini terdapat pada kolam yang airnya disedut dari laut kerana jika air campur garam tidak hidup lama kemungkinan berpenyakit.Umpan selaluna:-

3.1.2) Kerapu

-Belanak
-Udang hidup
-Udang mati
-hirisan Ikan kembung atau ikan sardin

-Bagi penggunaan pelampung, selalunya kedalaman kolam antara 6 ke 7 kaki so saudara agaklah panjang pelampug ke mata kail.Perambut pelampung diantara sekaki atau sekaki setengah ke mata kail hendaklah dibubuh batu ladung hidup yang telah dimatikan kerana jika umpan hidup akan berenang dikedalaman kolam tersebut dan tidak akan timbul di permukaan disebabkan pemberat ini.

-Biasanya ikan ini tidak bergitu aktif berenang renang dan kesabaran tinggi diperlukan bagi ikan ini memakan umpan. Apabila pelampung dilontarkan di sport tunggu sehingga pelampung tenggelam dan kadang kadang ini memakan masa untuk pelampung tenggelam,jika pelampung tenggelam saudara kayuh kan mesen pelahan lahan kerana tali yang dibiarkan akan hanyut oleh arus kipas kolam, sehingga tegang dan saudara akan dapat merasa tarikan ikan kemudian baru hud....

Perlu di ingat jika cara pelampung ini di mana kolam terdapat banyak ikan siakapkesabaran diperlukan kerana kebanyakan siakap yamg dapat dinaikan menggunakan pelampung mata kailnya tercucuk di mulutnya jarang sekali menelannya so berhati hati, tali sentiasa tegang semasa megarau tali dan jika boleh joran direndahkan semasa perlawanan kerana ikan siakap akan melompat dan masa inilah peluang ikan melepaskan diri amat cerah selain itu ikan siakap akan cuba memotong perambut melalui insangnya yang tajam. Saya syorkan tali perambut 40 paun keatas.Saudara akan dapat merasa tali perambut haus atau berbulu jika ikan dapat di naikan dan jika ini terjadi tukarlah perambut yang baru.

-Bagi ikan kerapu, setelah dilontarkan pelampung dan lama tunggu tidak tenggelam saudara gulungkan tali mesen perlahan lahan ini perlu rajin dilakukan kerana umpan di karau pelahan lahan berkemungkinan melalui di depan mata sang kerapu dan bila ini terjadi saudaa akan dapat merasakan betapa pelahapnya sang kerapa ini memakan umpan. Bila dah mengena saudara akan menjadi bintang serta tumpuan para pemancing di kolam tersebut maka ramailah yang ingin melihat hasil yang dinaikan apatah lagi jika bersaiz mega tambah pula saudara cekap lawan tarik tali dengan sang kerapu ini. Semasa perlawanan ini saudara boleh minta orang yang disebelah saudara mengalhkan joran mereka takut terbelit.

Ulasan

Catatan Popular