Petua Hilangkan Mabuk Laut





Bagi mana-mana pemancing,aktivit memancing di laut dalam adalah aktiviti yang lebih dikatakan extreme yang mempunyai banyak risiko.Tapi,hasilnya sangat lumayan.Walaubagimanapun,admin tidak menafikan bagi mana- mana tekong bot adalah sangat arif dalam selok belok di kawasan laut.Salah satunya adalah masalah mabuk laut.terutamanya bagi pemancing baru hendak mencuba di lubuk tengah laut.Kali ni admin nak kongsikan petua untuk menghilangkan mabuk laut.

1.Rehat Secukupnya
Persediaan sebelum trip memancing di laut untuk anda mendapatkan rehat yang secukupnya.Yang penting,jangan terlalu excited sehingga membuatkan anda tidak boleh tidur.

2.Pil Mabuk
Penggunaan pil mabuk seperti Novomin boleh membantu anda untuk mengelakkan dari mabuk laut.Anda haruslah mengambil pil ini sehari sebelum trip atau sekurang-kurangnya beberapa jam sebelum naik bot.

3.Buah Oren
Kalau boleh anda perlu membawa stok buah oren untuk trip anda.Tidak kira samada buah atau air kerana dapat membantu untuk menghilangkan rasa pening atau loya di tengah laut.

4.Minum Air Laut
Petua dikalangan nelayan untuk menahan diri daripada laut mabuk.Boleh diminum sehingga 'sendawa' dan boleh juga sedikit sahaja kerana ini menahan tekak daripadamerasa loya.

5.Elak Makan Makanan Berminyak
Beberapa jam sebelum naik bot jangan makan makanan yang berminyak seperti goreng pisang,ayam goreng dll.

6.Elak Minum Bersusu
Selain makanan bergoreng,minuman bersusu juga anda perlu elakkan sebelum trip kerana minum minuman bersusu boleh membuatkan anda akan merasa loya dan pening di tengat laut.

7.Keledek Mentah 
 Getah dari keledek mentah dapat memabantu untuk mulut anda tidak rasa loya.

8.Tampal Koyok di Pusat
Ini juga merupakan antara petua yang sering diamalkan oleh kaki pancing.nampak macam pelik,tapi sangat mujarab.

9.Makan Sebelum Turun Ke Laut
Ini adalah sangat penting kerana sekiranya perut anda kosong boleh membuatkan parut anda masuk angin dan mudah loya di tengah laut.

10.Elak Bau Diesel
Adalah lebih baik untuk anda mengelakkan dari duduk di bahagian belakang bot keran boleh menyebabkan anda menghidu bau diesel yang mengakibatkan anda mudah mabuk laut.

11.Pandang Luar
Jangan kerap pandang dibahagian lantai bot.Lebih baik untuk anda pandang pemandangan jauh seperti langit,pulau dan sebgainya untuk elak dari mabuk laut.

12.Minyak Angin
Penggunaan minyak angin juga dapat membantu anda dari rasa pening dan loya di atas bot.

13.Minuman Bergas
Minum minuman bergas dikatakan seperti coke atau pepsi mampu mengeluarkan angin pada badan dan mengurangkan rasa pening dan loya.

Diharap sedikit sebanyak petua yang admin kongsikan dapat membantu anda yang ingin mengikuti trip di tengah laut.Malah,petua ini juga bukan sahaja untuk kaki pancing,tetapi mana2 yang ingin menaiki bot untuk ke pulau boleh mengambil sedikit dari petua yang admin kongsikan.

Ulasan

Catatan Popular